Wednesday, May 7, 2008

PEMBEKUAN LESEN PKK KELAS F SAMPAI BILA ?

Ramai kalangan bakal kontraktor di Sabah khasnya golongan belia yang tertanya-tanya sampai bilakah pembekuan lesen PKK kelas F ? Wajarkah pembekuan tersebut diteruskan hingga menutup peluang bakal kontraktor generasi muda. Bagi rakyat Sabah yang memiliki PUKONSA Kelas F juga ternanti-nanti bilakah pembekuan tersebut berakhir, memiliki PUKONSA bagai tiada ertinya kerana bukan sahaja tidak layak menyertai tender jabatan kerajaan persekutuan malahan jabatan dan agensi kerajaan negeri sendiripun hanya membenarkan PKK menyertai sebutharganya. Jadi apakah kerajaan akan terus menutup peluang generasi muda yang kini mencecah ratusan ribu menganggur untuk melibatkan diri dalam sektor pembinaan atau menimbangkan semula untuk membuka semula permohonan PKK Kels F dengan syarat yang mungkin lebih kertat sebagai kawalan agar kontraktor yang terpilih adalah benar-benar berwibawa...

1 comment:

Anak Teater Sabah said...

mohon ya dibuka semula....